Perintah berkurung di Louisiana dilanjutkan sehingga 30 April

0
82
Gabenor Louisiana, John Bel Edwards

CYBERJAYA – Perintah berkurung di Louisiana, Amerika Syarikat akan dilanjutkan sehingga 30 April ini susulan pertambahan mendadak kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di negeri tersebut.

Memetik laporan CNN, arahan terbaharu itu diumumkan oleh Gabenor Louisiana, John Bel Edwards, selepas 11 hari negeri tersebut menguatkuasakan perintah berkurung sehingga 13 April ini.

Dalam tempoh sehari sahaja jumlah kematian akibat wabak tersebut meningkat sebanyak 37 kes baharu manakala jangkitan positif sebanyak 2,700 kes baharu.

Sejak wabak tersebut merebak, negeri tersebut mencatatkan sebanyak 9,100 kes positif Covid-19 dan lebih 300 kematian, iaitu antara jumlah tertinggi di Amerika Syarikat.

Menurut Edwards, wabak tersebut boleh dihentikan dengan syarat semua pihak bekerjasama dan mematuhi arahan ditetapkan.

Lousiana antara negeri di AS yang mencatatkan angka korban dan jangkitan Covid-19 tertinggi

“Situasi yang berlaku sekarang sangat membimbangkan tetapi setiap seorang rakyat di Louisiana mempunyai kuasa untuk mengubahnya.

“Fikir mengenai jiran sekeliling dan duduk di rumah bagi mengelakkan wabak tersebut terus merebak,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here