Permintaan luar biasa cili boh di musim PKP

0
276

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga mungkin membuatkan kaum ibu memilih untuk berada di rumah dan memasak sendiri untuk keluarga.

Oleh sebab itu, pastinya bahan-bahan masakan yang terdapat di pasaran ‘laku keras’ dan perlu menambah pengeluaran produk masing-masing untuk menampung permintaan pelanggan.

Antara produk mendapat permintaan sangat tinggi semasa musim PKP ialah, Cili Boh Perusahaan Sahabat yang dihasilkan di kilang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu.

Produk perusahaan keluarga yang bertapak di negara ini sejak lima tahun itu kini terdapat di serata pasaran termasuk di Lembah Klang dan juga Raudhah Grocer di Malakat Mall.

Pengurus Jualan Perusahaan Cili Boh Sahabat, Rumaizan Abdullah berkata, produk cili boh milik keluarganya itu mendapat permintaan yang sangat baik ketika musim PKP sekarang.

“Permintaan untuk cili boh ini sangat tinggi namun, kita juga berdepan masalah untuk mendapatkan cili kering kerana syarikat pembekal tidak dapat hantar bekalan.

“Biasanya kita pesan beratus guni cili kering. Bila tiada stok, kita terpaksa guna cili kering sedia ada sahaja. Dalam sebulan kita keluarkan 25,000 kilo cili boh.

“Sekarang permintaan tinggi di setiap negeri, tetapi kerana kekangan bekalan cili kering kita terpaksa hantar stok yang sedia ada sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Rumaizan berkata, pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini sememangnya memberi kesan kepada perniagaannya.

“Buat masa sekarang kami hanya bergantung kepada stok sedia ada, sekiranya habis, mungkin operasi akan dihentikan buat sementara waktu sehingga habis PKP,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here