Permohonan baharu, rayuan BPN sebelum 30 April ini

0
6468

CYBERJAYA – Semua permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) hendaklah dibuat selewat-lewatnya 30 April ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dalam satu kenyataan berkata, isi rumah mahupun individu bujang yang memenuhi kriteria seperti telah ditetapkan tetapi tidak tersenarai atau tidak lulus boleh membuat permohonan baharu atau rayuan melalui portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my.

“Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada Mei ini. Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekali gus juga akan dilakukan pada bulan tersebut ,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara itu boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara); HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN atau melalui laman Facebook dan Twitter LHDN. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here