Pertambahan peruntukan Program Subsidi Upah sebanyak RM7.9 bilion

0
111

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PUTRAJAYA – Peruntukan bagi Program Subsidi Upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah ini.

“Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

“Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

“Manakalan syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, menerusi bantuan tersebut kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

“Bantuan ini disalurkan selama tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1
Januari 2020 serta mendaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh enam bulan, iaitu dalam tempoh tiga bulan semasa menerima subsidi upah dan tiga bulan selepas itu,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here