Perubahan operasi pengangkutan awam sepanjang Ramadan

0
204

CYBERJAYA – Sepanjang bulan Ramadan nanti, Perkhidmatan pengangkutan awam dibawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 10 malam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, perubahan pada waktu operasi petang bertujuan memudahkan perjalanan pengguna pengangkutan awam sepanjang bulan Ramadan.

Beliau menambah, ia sebagai menghormati para kakitangan khususnya beragama Islam dalam menjalani ibadah puasa.

“Pengguna pengangkutan awam dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengikut garis panduan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Mengamalkan penjarakan sosial serta sentiasa menjaga kebersihan diri sebagai langkah pencegahan dalam berdepan penularan pendemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ka Siong, perkhidmatan pengangkutan awam terlibat ialah LRT, MRT dan KL Monorail di bawah kendalian Rapid Rail Sdn. Bhd., serta perkhidmatan bas di bawah kendalian Rapid Bus Sdn. Bhd.

Tambah beliau, perkhidmatan bas tersebut termasuk bas percuma seperti GoKL dan Smart Selangor, semua feeder bas serta semua jenis perkhidmatan trend di bawah kendalian KTMB.

“Manakala frekuensi kekerapan bagi operasi perkhidmatan rel Rapid KL adalah setiap 10 minit ketika waktu puncak dan setiap 30 minit selepas waktu puncak,” jelasnya.

Beliau berkata, perkhidmatan awam darat di Sabah dan Sarawak juga disyorkan untuk beroperasi berdasarkan jadual tersebut.

“Namun tertakluk kepada pertimbangan khusus daripada kerajaan negeri dalam mengambil kira kesesuaian di kedua-dua negeri tersebut,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here