Pesuruhjaya Polis Sarawak turut positif Covid-19

0
241
AIDI ISMAIL

CYBERJAYA – Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan wabak itu.

Menurut portal Astro Awani, Aidi kini sedang menjalani proses kuarantin di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Aidi berkata, beliau mula ditahan di HUS sejak malam tadi.

“Saya sepatutnya tidak boleh hendak komen tentang perkara ini.

“Bagaimanapun, saya berada dalam keadaan baik dan mengikuti prosedur kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan,” kata Aidi ketika dihubungi portal berita tersebut.

Beliau turut menambah, selain beliau dan isterinya, beberapa kakitangannya turut diarahkan untuk menjalani ujian saringan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here