Petisyen cadang Habib Ali Zainal Abidin dilantik Mufti WP

0
338
Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid

SHAH ALAM – Satu petisyen dalam talian dilancar bagi mencadangkan pendakwah bebas, Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Petisyen yang dilancarkan dalam laman change.org semalam mendapat lebih 32,670 tandatangan sokongan setakat pukul 12.30 tengah hari tadi.

Menerusi petisyen itu, Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid terbukti seorang ikon dakwah yang disenangi semua lapisan masyarakat dan tidak pernah menjadikan politik sebagai alat untuk meraih sokongan mana-mana pihak.

Beliau juga dikatakan memiliki pengetahuan luas dalam pelbagai bidang pengajian Islam sekali gus menjadikan beliau tokoh paling sesuai menggantikan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Habib Ali Zainal juga sangat disegani semua pihak, kerajaan atau pembangkang, tua atau muda, kaya atau miskin.

“Pendirian beliau yang bersederhana dan tidak senang menghukum sesuatu semestinya mampu menyatukan umat Islam di Malaysia terutamanya di Wilayah Persekutuan.

“Atas pelbagai sebab munasabah, kami ingin mencadangkan bahawa Habib Ali Zainal Abidin Abu Bakar Al Hamid dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia yang baharu. Semoga anda semua menyokong usaha ini!” tulis di petisyen itu seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here