Petisyen desak kerajaan keluarkan kad pengenalan baharu, banteras PATI

0
5924

CYBERJAYA – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) melancarkan petisyen dalam talian bagi mendesak kerajaan mengeluarkan kad pengenalan baharu sebagai langkah membanteras sindiket penjualan MyKad dan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Naib Pengerusi Pembela, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, sebagai rakyat yang cintakan tanah air dan menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara, pihaknya menyeru kerajaan mempercepatkan cadangan mewujudkan kad pengenalan baharu dengan segera.

“Kami mendesak sekali lagi kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, untuk bentangkan laporan terkini berkaitan isu pelancong asing yang tidak kembali ke negara asal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa isu penjualan MyKad, lambakan warga asing dan ‘kehilangan’ lebih 100,000 pelancong China dan India telah mendapat perhatian kerajaan cuma masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini.

Mohd. Nor Izzat menambah, dengan kuasa tular yang dimiliki rakyat negara ini, beliau mendesak kerajaan supaya cepat bertindak dalam isu itu.

“Kongsi dan sebarkan kepada rakan-rakan untuk menandatangani petisyen itu,” ujarnya.

Orang ramai ramai yang ingin menandatangani petisyen itu boleh berbuat demikian melalui http://chng.it/D85M8QT7FD . – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here