Petugas barisan hadapan mohon doa

0
245

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu akan dilanjutkan lagi menerusi fasa ketiga yang akan bermula 15 April hingga 28 April nanti.

Bagi petugas barisan harapan sekali lagi cabaran dan tanggungjawab yang paling besar perlu digalas bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dihentikan.

Melalui perkongsian Abi Fateh dalam akaun Facebook miliknya, dia terlibat bersama pasukannya menghantar makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Telok Datok.

Menurutnya, dia sempat bertanyakan soalan kepada petugas berkenaan adakah benar mereka masih tidak bercuti.

“Doktor, setakat ini tak cuti la ye?,” tanya Abi Fateh.

“Ye ustaz, doakan kami ye” , salah seorang petugas barisan hadapan menjawab.

Perkongsian itu ternyata memberi maksud mendalam kepada semua rakyat Malaysia yang mahu kumpulan itu juga selamat.

Abi Fateh turut mendoakan semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan buat semua petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

Ucapnya ringkas, terima kasih ‘frontliner’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here