PKP: 11 penjara khas sementara diwartakan

0
136

CYBERJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan 11 penjara khas sementara untuk menempatkan tahanan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mula beroperasi pada 23 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kewujudan penjara khas sementara itu membolehkan pesalah PKP ditempatkan di lokasi tersebut.

“Kementerian Kesihatan (KKM) akan turut membantu menyediakan petugas kesihatan di penjara khas sementa itu,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sejak semalam seramai 1,290 individu telah tamat menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Selain itu tambah beliau, 72 individu berasal dari Sarawak turut menamatkan tempoh kuarantin wajib dan akan pulang ke negeri itu.

“Mesyuarat hari ini membuat keputusan bahawa ramai diantara yang dikuarantin wajib tersebut datang dari Sabah dan Sarawak dan kepulangan mereka akan diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Kita juga difahamkan bahawa oleh kerana mereka telah dikuarantin wajib selama 14 hari di Semenanjung maka mereka tidak akan dikuarantin apabila sampai ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau memberitahu, sejak semalam, seramai 1,290 individu telah tamat menjalani tempoh kuarantin wajib di pusat kuarantin dan telah dibenarkan pulang.

Mengenai sanitasi awam pula, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan 2,627 operasi sanitasi di 105 zon termasuk 29 zon merah.

Tambah beliau, semalam sahaja melibatkan 186 operasi sanitasi awam meliputi 40 zon di 14 negeri termasuk 38 kawasan di Johor dan 17 kawasan di Melaka.

“Sehingga semalam operasi sanitasi merangkumi 1,405 bangunan kerajaan, tempat awam (1,055), pusat perniagaan (1,078), pasar raya (192) dan Projek Perumahan Rakyat (38),” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here