PKP 3: 1,226 individu direman semalam

0
69

CYBERJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 1,315 individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu seramai 1,226 telah direman dan 89 diberikan ikat jamin.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 312 individu telah dituduh dimahkmah semalam dan jumlah kumulatif ditahan sejak 18 Mac ialah 11,027 individu.

“Semalam PDRM dan Angakatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 813 sekatan jalan raya dan memeriksa sebanyak 558,548 kenderaan.

“Polis juga telah membuat 56,052 pemeriksaan mengejut di seluruh negara termasuk di 6,364 premis,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mengulas situasi semasa, Ismail Sabri berkata, orantg ramai diingatkan bahawa pelaksanaan undang-undang di bawah PKP masih dilaksanakan.

“Semalam banyak kenderaan di jalan raya, saya ingin beri peringatan bahawa undang-undang PKP masih berjalan seperti biasa dan belum ditarik balik.

“Dalam laporan PDRM, kenderaan banyak dijalan raya kerana ada perniagaan yang bukan keperluan asas ambil kesempatan untuk beroperasi.

“Sektor perniagaan dan perkilangan diberikan peringatan bahawa mereka hanya boleh beroperasi sekiranya mendapat kelulusan MITI,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here