PKP: 454 individu ditahan, tiada lagi kompromi

0
80

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berkompromi dan akan bertindak tegas kepada individu-individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi memastikan tiada lagi berlaku sebarang perlanggaran PKP daripada orang ramai.

Beliau berkata, PKP fasa kedua semalam menyaksikan sebanyak 454 individu ditahan, jumlah itu meningkat 13 pertaus berbanding hari sebelumnya sebanyak 403 individu ditahan.

“Daripada jumlah yang ditahan semalam, 380 individu direman dan 74 orang diikat jamin. Semalam juga, sebanyak 630 individu telah dituduh di mahkamah.

“Saya berharap rakyat kita patuh kepada arahan yang dikeluarkan, jika tidak mereka akan berdepan tindakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Ismai Sabri, semalam PDRM dan Angkatan Tentera MAlaysia (ATM) telah mengadakan 758 sekatan jalan raya di seluruh negara.

“Sebanyak 441, 893 kenderaan telah diperiksa selain melakukan 35, 263 pemeriksaan mengejut termasuk ke atas 5,580 premis di seluruh negara,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here