PKP: Bengkel, kedai alat ganti di Selangor dibenarkan beroperasi

0
346

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Pusat servis kenderaan dan kedai alat ganti di Selangor dibenarkan beroperasi mulai pukul 9 pagi sehingga 4 petang setiap hari, bagi tujuan kecemasan sepanjang fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri memberi keutamaan kepada barisan hadapan yang perlu keluar bekerja setiap hari dan mereka yang terbabit dalam ‘essential services’.

“Kebenaran ini adalah untuk tujuan kecemasan di mana masalah kereta dapat dibaiki demi keselamatan rakyat, terutamanya mereka yang perlu bekerja dalam tempoh PKP ini yang menghadapi masalah kenderaan.

“Tetapi semua individu, dalam apa juga situasi perlu mematuhi jarak sosial satu meter apabila berada di tempat awam seperti itu.

“Bagi yang tiada keperluan untuk keluar, duduk di rumah sahaja bagi membantu mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya seperti dilaporkan.

Menurutnya, manakala bagi stesen minyak pula dibenarkan beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam sebagai kemudahan kepada mereka yang amat memerlukannya terutama yang bekerja dalam tempoh PKP.

“Pengusaha juga perlu mengawal dan memastikan jarak satu meter dipatuhi. Kebanyakan stesen minyak adalah sangat sunyi, tidak timbul masalah.,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here