PKP: Boleh tangguh sambutan Aidilfitri

0
216

CYBERJAYA – Umat ​​Islam harus menyambut Aidilfitri tetapi mereka boleh menangguhkan sambutan itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik portal Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, setelah melaksanakan ibadah puasa selama satu bulan, umat Islam menyambut Aidilfitri pada hari pertama Syawal.

Katanya, sambutan itu biasanya membabitkan makan dan menunaikan solat sunat Harai Raya Aidilfitri tetapi pada masa sama mematuhi saranan kerajaan dan patuh PKP bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Namun, cara sambutan itu perlu memadai dan mungkin tidak sama dengan perayaan lain dan lebih kepada tradisi,” katanya dalam satu temubual menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Ramadan dijangka bermula 24 April ini, kira-kira empat hari sebelum PKP fasa ke tiga tamat iaitu pada 28 April, manakala Hari Raya AidilFitri dijangka pada 24 Mei depan.

Sebelum ini, kerajaan Indonesia memutuskan untuk menangguhkan cuti Hari Raya Aidilfitri pada 28 hingga 31 Mei ke Disember untuk menghentikan pergerakan rakyatnya pulang ke kampung ketika dunia berhadapan wabak pandemik berkenaan.

Zulkifli berkata, orang ramai harus mengehadkan kunjungan antara satu sama lain ketika hari raya dengan mengadakan penjarakan sosial seperti yang dipraktikan ketika PKP.

Malah, katanya, Malaysia juga boleh boleh menangguhkan sambutan majlis rumah terbuka yang membabitkan jumlah pengunjung yang ramai.

“Keputusan kemungkinan penangguhan sambutan Aidilfitri ketika PKP ini akan diputuskan melalui perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan setelah mendapat pandangan ulama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here