PKP Fasa 3: Tiada lagi kompaun

0
526

CYBERJAYA – Mana-mana individu yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok akan direman dan dihadapkan ke mahkamah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu diambil kerana rakyat seolah-olah tidak takut dengan kompaun RM1,000.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan mahkamah tentukan bentuk hukuman mengikut Seksyen 24 Akta 342.

“Mengikut akta berkenaan, mahkamah boleh kenakan hukuman dua tahun penjara bagi kesalahan pertama dan hukuman berikutnya lima tahun penjara.

“Mungkin RM1,000 tidak dianggap tinggi untuk mereka yang ingkar. Esok, PKP fasa ketiga akan mula dilaksanakan. Jadi, pastinya tindakan lebih tegas daripada polis.

“Kita tidak akan tumpu kompaun, biar mahkamah tentukan bentuk hukuman. SOP masih sama dan polis juga masih ada budi bicara,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Ismail Sabri, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah lakukan 798 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa sebayak 546,553 kenderaan.

“Sebanyak 49,394 pemeriksaan mengejut juga dilakukan termasuk di 6,702 premis. Semalam juga, 1,374 individu ditahan dan daripada jumlah itu 931 orang di kompaun RM1,000.

“Sebanyak 418 direman dan 25 individu diikat jamin. Semalam juga, sebanyak 427 individu dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP,” katanya-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here