PKP fasa ketiga boleh tamatkan Covid-19

0
97
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat sebagai tempoh penting yang berupaya menamatkan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, keyakinan itu bersandarkan kepada perkembangan statistik semasa penularan wabak terbabit.

Katanya, kesinambungan kawalan yang menyaksikan kejayaan hingga kes Covid-19 berupaya dikurangkan menerusi PKP fasa pertama dan kedua harus diteruskan pada fasa ketiga.

“Sebelum ini, JP Morgan menjangkakan kita bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes esok, tetapi setakat pukul 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes.

“Esok saya jangkakan jumlah keseluruhan positif Covid-19 adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua.

“Setakat minggu ke-13, Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada penularan wabak Covid-19, tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here