PKP fasa pertama dan kedua berjaya kawal kes Covid-19

0
75

CYBERJAYA- Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dan kedua selama sebulan berjaya membantu Kementerian Kesihatan mengawal jumlah kes Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes discaj dari wad juga meningkat menunjukkan kemajuan memberangsangkan hasil daripada pelaksanaan PKP.

“Setelah hampir sebulan pelaksanaan kedua-dua PKP fasa pertama dan kedua ini, kita dapat melihat trend jumlah kes baharu Covid-19 sedikit terkawal tanpa kenaikan mendadak.

“Manakala jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari. Ini menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan hasil daripada pelaksanaan PKP.

“Susulan PKP fasa pertama dan kedua, PKP fasa ketiga mula dikuatkuasakan pada hari ini, iaitu 15 Aprilhingga 28 April ini.

“Ia bagi meneruskan tindakan KKM sedia ada, serta menggiatkan lagi usaha mengurangkan kes positif Covid-19 di Malaysia dengan menggunakan pendekatan tertumpu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, kepatuhan masyarakat terhadap arahan ini adalah amat penting pada ketika ini. Namun, berdasarkan pemantauan didapati masyarakat semakin tidak akur terhadap arahan PKP ini.

Sehubungan itu katanya, kementerian menyambut baik keputusan kerajaan agar tindakan yang lebih tegas diambil atas ketidakakuran segelintir masyarakat.

“Ini diharap dapat memberi impak yang positif dalam meratakan lengkung dan seterusnya memastikan fasiliti kementerian dapat menampung bilangan pesakit Covid-19.

“Kementerian juga khuatir ketidakpatuhan kepada PKP boleh membatalkan usaha keras semua pihak yang telah diambil setakat ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here