PKP hingga Jun jika rakyat terus berdegil

0
118

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemungkinan besar akan diteruskan hingga melepasi Jun ini jika sikap rakyat masih berdegil dan menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 bertambah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jika mereka terus berdegil dan kes jangkitan Covid-19 bertambah, besar kemungkinan PKP diteruskan hingga melepasi Jun.

“Sehubungan itu, hari ini saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan.

“Tindakan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan PKP, ” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.

PKP fasa ketiga akan bermula hari ini adalah waktu kritikal dalam usaha negara menghapuskan wabak Covid-19.

PKP dilanjutkan dua minggu lagi sehinga 28 April dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Ketika ini, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara bagi menguatkuatkuasa PKP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here