PKP: ‘Jangan bangga dapat tipu polis, anda tidak terlepas’

0
263
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Polis mengenal pasti ahli keluarga yang berkongsi tip menipu pihak keselamatan untuk pulang ke Kuala Lumpur dan tindakan akan diambil terhadap keluarga itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, orang ramai tidak sepatutnya berbangga melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, apa yang lebih penting, tiada siapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Semalam tular dalam media sosial mengenai ahli keluarga menunjukkan mereka pulang ke Kuala Lumpur dan memberi tip bagaimana cara untuk menipu polis,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau mengingatkan kepada orang ramai agar tidak berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut tindak-tanduk melanggar PK

Jelasnya, pihak polis sudah mengenal pasti dan tindakan akan diambil serta tiada siapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Ditambah pula mereka mengaku (dalam laman sosial) ingkar kepada arahan dan peraturan di bawah PKP.

“Tolong jangan bangga dan anggap diri sebagai ‘hero’ kerana akhirnya tindakan akan diambil dan susahkan diri mereka dan keluarga,” katanya. – MBNews.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here