PKP: Main peranan banteras keganasan rumah tangga

0
230

CYBERJAYA-Orang ramai atau jiran perlu memainkan peranan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melaporkan kes keganasan rumah tangga.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya terdengar bunyi yang pelik dari sebelah rumah, maka jiran boleh terus membuat laporan.

“Mereka yang terlibat (mangsa keganasan rumah tangga) mungkin tidak berani untuk bjuat aduan dan mungkin juga telefon dirampas, maka tiada ruang untuk buat aduan.

“Jadi saya mohon orang ramai atau jiran untuk buat laporan ke talian Kasih 15999 atau terus Whatsaap aduan kepada pihak polis di talian 019-261599.

“Polis akan bertindak segera siasat laporan dan mengambil tindakan. Saya doakan rumah tangga anda semua aman damai,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui talian Kasih telah menerima 135 pangilan mengenai keganasan rumah tangga.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here