PKP: MITI tarik balik kelulusan 4 syarikat

0
176

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menarik balik kelulusan empat syarikat yang didapati melanggar syarat kelulusan ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, selain itu sebanyak 35 syarikat sedang disiasat oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didapati melanggari syarat-syarat yang ditetapkan kementeriannya.

“Ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) adalah satu kesalahan jenayah di bawah peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan (No.3) 20200.

“Kegagalan syarikat yang tidak mematuhi SOP ini akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta merta dan berhadapan dengan tindakan undang-undang mengikut akta semasa,” katanya dalam sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

Beliau memberitahu,  pihaknya menetapkan langkah operasi syarikat secara berperingkat dengan syarat pematuhan yang ketat.

“Antara syarat itu ialah bekalan makanan mencukupi, bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan mencukupi.
“Beberapa sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan sektor kritikal dapat beroperasi bagi meringankan beban rakyat serta mengurangkan kesan ke atas ekonomi negara.” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here