PKP: Nanas MD2 ‘laku keras’

0
525

KUALA TERENGGANU- Penanam nanas MD2 di Kemaman dan Dungun bersyukur apabila tanaman mereka mendapat permintaan tinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanaka bermula 18 Mac lalu.

Mohamad Kamal Awi, 64 berkata, permintaan terhadap nanas MD2 meningkat 80 peratus berbanding sebelum PKP dilaksanakan.

Menurutnya, peningkatan itu disebabkan keunikan rasa dan khasiatnya berbanding nanas jenis lain serta kekurangan bekalan buah-buahan tempatan sejak PKP dilaksanakan.

“Saya menanam 17,000 pokok nanas di atas tanah seluas 0.4 hektar dan hasil jualan saya meningkat di antara 100 hingga 200 kilogram sehari.

“Pada fasa pertama PKP, saya keluarkan sebanyak 2,000 kilogram dan jangka selepas ini akan keluar sehingga 4,000 kilogram,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Mohamad Kamal berkata, jenis berkenaan mendapat tempahan daripada penduduk setempat termasuk pemborong di seluruh Terengganu.

Seorang lagi peniaga nanas, Harwani Mohamad Yusof, 40, berkata, dia bersyukur rezekinya berniaga nanas sangat menguntungkan sejak PKP dilaksanakan.

“Permintaan nanas MD2 sangat tinggi dan setiap hari saya menjual nanas ini lebih daripada 200 kilogram.

“Ramai pelanggan mendakwa nanas ini mempunyai vitamin Bromelin yang khasiatnya boleh mencegah jangkitan penyakit,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here