PKP: Pematuhan rakyat semakin meningkat

0
67

PUTRAJAYA – Tahap pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin meningkat berdasarkan penurunan jumlah tangkapan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 413 individu ditahan semalam berbanding 524 orang hari sebelumnya.

Beliau berkata, daripada jumlah tangkapan itu, sebanyak 130 individu telah direman dan 33 orang diikat jamin selain 322 individu telah dituduh di mahkamah.

“Polis dan tentera telah mengadakan 731 sekatan jalan raya dan memeriksa 426, 764 kenderaan selain polis melakukan sebanyak 26, 202 pemeriksaan mengejut.

“Pemeriksaan mengejut itu turut melibatkan 4,474 premis. Peratusan penurusan tangkapan ialah sebanyak 20.18 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama agensi-agensi berkaitan telah mula melaksanakan Op Sanitasi Awam di seluruh negara.

“Semalam, proses nyah cemar sudah dilaksanakan di 426 kawasasan di 11 buah negeri. Antara kawasan itu termasuk 170 balai polis, 38, 140 unit PPR dan kawasan berisiko tinggi.

“Bagi memudahkan perumahan di bawah pengurusan strata, kerajaan juga bersetuju untuk benarkan pihak pengurusan beroperasi sepanjang PKP dengan dua pekerja sahaja dibenarkan bekerja,” katanya.-MT\

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here