PKP: Pemimpin politik, orang kenamaan tidak terkecuali dikenakan tindakan

0
248

CYBERJAYA – Tiada mana-mana pihak termasuk pemimpin politik dan orang kenamaan terkecuali daripada dikenakan tindakan kerana didapati arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Itu penegasan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung tular dalam media sosial mengenai terdapat pemimpin politik kerajaan melakukan aktiviti ziarah dan lawatan di sebuah negeri di utara tanah air sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan warga maya menerusi media sosial.

Beliau difahamkan, laporan polis telah dibuat oleh individu tertentu berhubung perkara itu.

“Tiada siapa boleh mengatasi undang-undang. Itu asasnya. Saya difahamkan sudah ada laporan-laporan polis yang telah dilakukan. Oleh itu kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here