PKP: Penyedia perkhidmatan internet boleh buat pemasangan di rumah

0
246

CYBERJAYA – Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semua penyedia perkhidmatan internet dan telekomunikasi dibenarkan beroperasi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, namun begitu sekiranya terdapat keperluan untuk memasang sambungan internet di rumah pelanggan, mereka perlu memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu.

“Keperluan internet sama macam keperluan asas hari ini dan sama macam kalau bekalan elektrik terputus, kita benarkan perkara ini beroperasi.

“Kalau melibatkan Telekom kita benarkan tiada isu cuma sebelum pergi ke rumah individu tertentu pihak Telekom atau Celcom atau mana-mana penyedia perkhidmatan perlu lapor pada polis semasa melalui sekatan jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada pekerja di pelantar minyak di laut juga perlu menjalani saringan kesihatan, katanya, mana-mana rakyat Malaysia yang pulang melalui jalan darat, udara atau laut wajib dikuarantin.

“Semua yang masuk dalam negara perlu dikuarantin sama ada melalui laut, udara atau darat, macam di Singapura rakyat kita pulang melalui darat,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here