PKP: Pulangkan wang deposit peniaga bazar Ramadan

0
82
Kerajaan meminta penganjur bazar Ramadan supaya memulangkan semula wang deposit yang dibayar oleh peniaga susulan operasi perniagaan itu dilarang sepanjang tempoh PKP.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kerajaan meminta penganjur bazar Ramadan supaya memulangkan semula wang deposit yang dibayar oleh peniaga susulan operasi perniagaan itu dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penganjur sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pertubuhan perlu akur dengan arahan itu supaya tidak menyusahkan peniaga.

“Saya harap jangan ada sesiapa pun mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Mereka membayar deposit dengan harapan bazar Ramadan akan dibuka tahun ini.

“Akan tetapi apabila PKP dilaksanakan, kerajaan membuat keputusan bazar Ramadan tidak dibenarkan dibuka. Harap dapat pulangkan keseluruhan deposit bayaran yang dibuat peniaga,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Ismail Sabri berkata, penganjur perlu mencontohi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertindak memulangkan semua wang deposit yang dibayar peniaga sebelum ini.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here