PKP: Rakyat semakin patuh arahan kerajaan

0
78

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Kerajaan mengharapkan trend penurunan terhadap tangkapan individu yang ingkar dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat diteruskan.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, dari segi sekatan jalan raya dan lain-lain pemeriksaan pihak polis telah menahan 524 individu kerana melanggar PKP di mana 451 direman, 73 dijamin.

“Jika lihat dari segi perbandingan tangkapan pada 2 April adalah 524, berbanding 1 April 562 orang

“Jadi terdapat penurunan 6.8 peratus sekali gus saya berharap trend penurunan ini berterusan,” katanya dalam sidang akhbar berhubung PKP hari ini.

Ismail turut memaklumkan bermula semalam pematuhan rakyat semakin meningkat dan perkara itu perlu diteruskan.

Dalam pada itu beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 737 sekataan jalan raya dan melakukan pemeriksaan  403,336 kenderaan.

“Sebanyak 25,624 pemeriksaan mengejut turut dilakukan termasuk di 4,564 di premis- premis tertentu manakala 483 individu telah dituduh di mahkamah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here