Shalia Ibrahim tekun menyiapkan tempahan pelanggan di rumahnya di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Oleh MOHAMMAD NAIM AZIZ
CYBERJAYA – Topeng pelindung mulut dan hidung kini menjadi barangan tumpuan sepanjang tempoh Perintah Kawal Pergerakan (PKP) yang ada kalanya kehabisan stok.
Oleh itu usahawan muda, Shalia Ahmad Ibrahim, 32, menjadikan pembuatan topeng mulut dan hidung buatan tangan sebagai satu produk fabrik masa kini.
Dia yang menjalankan perkhidmatan dalam talian dari rumah turut dibantu suami, Luqman Aziz, 34, dalam kerja kerja pembuatan tersebut.
Kerja-kerja pemotongan kain dibantu suami.
“Semasa tempoh PKP ini berlangsung saya mengambil kesempatan membuat rekaan (pola) dan menjahit topeng pelindung ini.
“Pada mulanya saya hanya membuat untuk keluarga terdekat sahaja. Apabila saya memuat naik gambar dalam media sosial tidak sangka ada tempahan daripada orang ramai,” jelasnya ketika dihubungi di kediamannya di Kepong baru-baru ini.
Kesesuaian dipakai oleh golongan dewasa dan kanak -kanak.
Shalia yang sudah empat tahun menjalankan perkhidmatan menjahit barangan fabrik terutama aksesori bayi dan pakaian kanak-kanak.
Dengan hanya menggunakan lebihan potongan kain terdahulu dia dapat menghasilkan kira- kira 50 hingga 80 unit sehari yang dijual antara RM10 hinggga RM20 bergantung kepada saiz dan corak kain.
Saiz dan corak untuk kanak-kanak.
Menurutnya, tiga lapisan jenis fabrik digunakan bagi menghasilkan produk ini dan ia mengikut piawaian pembuatan yang merujuk kepada prosuder operasi standard (SOP) penghasilan pengeluaran topeng pelindung di pasaran.
“Ketika tempoh PKP ini berlangsung inilah sebahagian pendapatan kami sekeluarga. Lagipun produk ini mudah dibasuh,” jelasnya. – MT
Semoga terus maju jaya dalam pembangunan ekonomi ummah