PKP serlah rupa sebenar kita

0
100

SEDAR tak sedar, sudah 30 hari kita melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kediaman masing-masing.

Banyak dipaparkan di media sosial dan media arus perdana, mengenai insan-insan mulia, individu dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sanggup meredah ‘bahaya’ di luar sana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Bahan makanan dan keperluan asas yang disampaikan pula, merupakan hasil kutipan dari orang ramai yang mahu menyumbang dari segi dana.

Bantuan turut disalurkan kepada barisan petugas kesihatan yang bersengkang mata dan bermandi peluh melawan Covid-19.

Bukan setakat sumbangan makanan, bahkan ada antara jiran para petugas yang menawarkan khidmat menjaga anak secara percuma.

Pembekalan peralatan perlindungan (PPE) turut disokong oleh orang ramai, NGO dan organisasi yang mengorbankan masa, wang ringgit dan tenaga menyediakan segala keperluan yang amat diperlukan pada masa kini.

Ini sifat baik orang Malaysia yang melangkaui batas agama dan bangsa.

Kita tak perlukan sifat individualistik, sikap ‘kau, kau; aku, aku” dalam waktu sebegini.

Bantu lah sesama sendiri selagi boleh. Jika tiada daya, bantu lah dari segi wang ringgit. Dan jika tiada kemampuan, bantu lah dengan mendoakan agar insan-insan mulia ini sentiasa dilindungi dari segala mara bahaya.

#KitaJagaKita. Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here