‘PKP tak PKP, kami jalan terus!’

0
357

Oleh NORDEN MOHAMED

RAUDHAH CITY – Berikutan dengan sambutan di luar jangkaan, Raudhah Grocer telah mewujudkan gudang pusat untuk Raudhah Grocer Dalam Talian atau Online. Langkah ini diambil untuk memperkemas logistik dan pengendalian stok agar pesanan pelanggan secara online dapat diurus dengan lancar.

Menurut Pengasas Raudhah Grocer, Coach Mohd. Fadzil Hashim, “Sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda, kami ada promosi penghantaran percuma! Tidak perlu lagi bayar kos penghantaran RM15. Malah, kami belanja percuma untuk setiap pesanan bernilai RM50 ke atas.”

Bagaimanapun, kawasan liputan penghantaran masih lagi terhad. “Yang kami buat perkhidmatan penghantaran setakat ini adalah Cyberjaya, Putrajaya, Puchong, Dengkil, Serdang, Bangi dan Kajang.”

Raudhah Grocer Online turut menjaga kualiti bahan simpanannya. Semua produk basah seperti makanan laut dan daging disejukbeku dengan menggunakan teknologi ‘blast freezing’. Teknologi ini berbeza dengan cara penyimpanan yang biasanya mengambil masa lama untuk disejukbekukan. Cara ‘blast freezing’ yang menyejukkan simpanan dalam masa yang segera ini menjamin kesegarannya.

Pada Mac lalu, berikutan dengan sokongan padu masyarakat, permintaan secara dalam talian meningkat secara mendadak sehinggakan ia menimbulkan masalah penghantaran. Pergerakan stok tidak dapat diselaraskan sehinggakan terdapat para pelanggan tidak menerima pesanan mereka pada waktu yang dinyatakan.

Alhamdulilah, setelah pihak Raudhah Grocer mempertingkat sistem pesanan dan pengasingan stok dengan membina Raudhah Grocer Online, kini para pelanggan akan menerima pesanan mengikut jadual. Malah, Raudhah Grocer Online kini membuat tawaran khas kepada para pelanggannya.

Coach Fadzil sempat mengucapkan terima kasih di atas sokongan luar biasa masyarakat. “Terpenting sekali anda memberikan nafas semangat buat para usahawan Muslim dalam meneruskan perjuangan mereka di situasi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.
Setiap perbelanjaan anda untuk membantu mereka sangat berharga. Sokongan anda membolehkan keluarga dan staf mereka mendapat gaji setiap bulan.”

Dalam pada itu, Raudhah Grocer melangkah setapak lagi dengan pelancaran Raudhah Grocer Express atau RGX. Ia adalah pembukaan rangkaian premis yang berpusat di kawasan komuniti. RGX pertama dijangka akan dibuka di Seksyen 24, Shah Alam. Dua lagi RGX di Kuala Lumpur dan Senawang, Negeri Sembilan sedang diusahakan.

Jelas sekali, perjuangan pembangunan ekosistem ekonomi Islam masih lagi bergerak pantas meskipun di masa Covid-19 dan PKP ini. Doakan kejayaan kami, ya. – MBN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here