PKPD dua kampung di Simpang Renggam ditamatkan esok

0
285

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Selepas sebulan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) penduduk di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang boleh menarik nafas lega apabila PKPD yang dikenakan ke atas dua kawasan itu ditamatkan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Menteri itu bagaimanapun berkata, PKPD di kawasan Sungai Lui melibatkan Maahad Tahfiz An Nabawwiyyah dan sebuah rumah di Kampung Paya Lebar Hulu Langat dilanjutkan seminggu lagi sehingga 5 Mei ini.

“PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor akan tamat esok.

“PKPD di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor yang melibatkan pusat tahfiz dan sebuah rumah disambung satu minggu lagi sehingga 5 Mei ini, “katanya.

Dua kampung di Simpang Renggam itu menjadi lokasi pertama dikenakan PKPD mulai 27 Mac lalu selepas 61 penduduknya dikesan positif Covid-19.

Perintah PKPD membabitkan lebih 3,570 penduduk tempatan terdiri daripada hampir 700 keluarga di dua kampung berkenaan.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here