PKPD: Kos warga asing ditanggung kedutaan

0
103

CYBERJAYA – Kerajaan menetapkan kos yang dikeluarkan bagi membiayai warga asing yang terpaksa dikuarantin dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) perlu ditanggung oleh pihak kedutaan negara masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana tanggungjawab pekerja asing itu berada di bawah mereka.

“Semalam ramai yang tertanya-tanya mengenai isu sumbangan makanan kepada penghuni flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion yang 97 peratus merupakan warga asing.

“Saya sudah umumkan secara jelas beberapa hari lepas bahawa warga asing yang berada dalam negara adalah di bawah tanggungjawab kedutaan asing,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Semalam, kerajaan menguatkuasakan PKPD di flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion selepas kes jangkitan Covid-19 di kawasan tersebut meningkat.

Lebih membimbangkan apabila kedua-dua flat tersebut dihuni kira-kira 5,000 orang dan ada unit yang menempatkan sehingga 20 orang.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya juga telah memaklumkan kepada pihak kedutaan masing-masing untuk mengambil tanggungjawab bagi membantu rakyat mereka di lokasi berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga menyediakan alternatif dengan membenarkan penghuni yang tinggal di flat berkenaan untuk membeli barangan keperluan asas melalui pusat operasi yang diwujudkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here