Polis dibenarkan guna budi bicara perjalanan lebih 10km

0
117

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Menteri Kanan ( Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
polis yang bertugas semasa sekatan jalan raya dibenarkan menggunakan budi bicara membenarkan orang awam yang ingin melakukan perjalanan lebih 10 kilometer (km).

Menurutnya, kebenaran tersebut termasuklah mendapatkan barangan makanan mahupun perubatan sekiranya ada keperluan.

“Ia termasuk juga perjalanan merentasi negeri walaupun sebelum ini peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua mengehadkan perjalanan haruslah tidak melebihi 10 km.

“Semalam, terdapat individu yang ingin mendapatkan perubatan, tetapi hospital lebih 10 km  jadi mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk ke sana sedangkan kesihatan adalah perkara utama yang diberi perhatian kerajaan sehingga kita perkenalkan PKP untuk jaga kesihatan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, jika melibatkan isu kesihatan seperti ke klinik pihak polis diberi budi bicara.

“Walaupun kita ada peraturan 10 km tetapi bukan kemestian.

“Kita beri kelonggaran kepada pihak polis untuk guna budi bicara itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here