Polis tahan 612 individu ingkar PKP

0
68
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menahan 612 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut
799 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 545,182 kenderaan.

Menurutnya, sebanyak 59, 690 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan 6907 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Semalam PDRM telah menangkap 612 individu kerana ingkar PKP merangkumi 590 individu yang direman dan 15 individu dibebaskan dengan jaminan polis.

“Manakala 337 individu telah dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Ismail berkata, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam sebanyak 9702 individu.

Jelasnya, pihak polis  tidak lagi bertoleransi dengan mana-mana pihak yang masih berdegil dan mematuhi PKP.

“Tindakan tegas segera diambil kepada sesiapa yang dilihat tidak mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Jadi kita sangat memerlukan kerjasama dari rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here