‘Positif semula memang ada tapi hanya positif yang sangat lemah…’

0
144

CYBERJAYA – Kebarangkalian pesakit Covid-19 yang sudah pulih dikesan positif semula penyakit itu seperti yang dilaporkan di beberapa negara adalah tidak mustahil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini tiada kes di negara ini yang melibatkan jangkitan semula tetapi ada beberapa kes yang dikesan sebagai ‘weak positif’ daripada pengimbasan semula.

“Memang ada dua, tiga kes yang selepas kita discaj, ada ‘positif’ tapi ia di peringkat positif yang sangat lemah.

“Ia tidak menjangkiti tapi pengesanan memang ada (dikesan). Itu mungkin salah satu sebab…yang jadi positif.

“Kes ini tidak banyak dan kemungkinan mereka boleh dijangkiti semula memang ada, cuma belum ada kes,” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dr. Noor Hisham ditanya pemberita mengenai kewujudan kes pesakit yang sudah pulih dan disahkan positif semula seperti yang dilaporkan berlaku di negara seperti China, Jepun dan Korea.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here