PPE: Dr. Noor Hisham hargai sumbangan pereka fesyen, penjara dan kakitangan KKM

0
270
Kementerian Kesihatan menghargai sumbangan PPE daripada pereka fesyen dan Jabatan Penjara.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI 

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menghadapi kekurangan bekalan penutup mulut dan hidung serta peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, masalah dihadapi adalah berkaitan dengan penghantaran ke fasiliti KKM di seluruh negara, namun ia dapat diselesaikan.

“Setakat ini, kita tiada masalah kerana stok dan kegunaannya memang cukup, tetapi kita ada kekangan daripada segi penghantaran serta pengagihan ke negeri lain. Masalah itu sudah pun diselesaikan.

“Tetapi kita sedar penggunaan PPE meningkat dua hingga tiga kali (ganda). Kalau hospital itu penggunaannya amat tinggi, kita kena lihat bagaimana untuk mengagihkan PPE secepat mungkin. Isu sekarang ini dari segi logistik,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, KKM turut menerima banyak sumbangan PPE daripada industri fesyen dan Jabatan Penjara, malah ada kakitangan hospital turut membuat inovasi peralatan perlindungan sendiri.

Beliau berkata, ia satu inisiatif baik supaya pihaknya  tidak bergantung kepada PPE luar negara. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here