Presiden Pas dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri

0
339
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, pelantikan itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Abdul Hadi merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti al-Azhar Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here