PRIHATIN Tambahan PKS tepat pada masanya

0
395

CYBERJAYA- Pakej PRIHATIN Tambahan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang diumumkan semalam ternyata memberi manfaat berguna kepada para usahawan PKS.

Perkara itu diakui oleh Pengurus MyThree A Star Enterprise, Surianti Sobri yang menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bertetapan dengan masanya.

Surianti yang merupakan usahawan bumiputera bagi produk bahan pencuci berkata, segala yang diumumkan Perdana Menteri semalam memberi manfaat secara menyeluruh kepada pengusaha PKS.

“Apa yang kerajaan umumkan merangkumi pelbagai aspek dan menyeluruh selain mampu merangsang industi PKS di negara ini. Bagi saya, ia bertetapan,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune hari ini.

Mengulas lanjut, Surianti berkata, melalui pengumuman kerajaan itu, beliau berharap pemilik kilang yang disewanya dapat bertolak ansur untuk memberi diskaun atau pelepasan sewa.

“Ada manfaat melalui pengumuman itu…di harap pemilik kilang yang saya sewa boleh bertolak ansur untuk memberi pelepasan sewa dan mereka di ganti dengan pengecualian cukai pendatan.

“Selain itu, sebagai usahawan yang tidakk pernah memohon sebarang bantuan untuk membuka perniagaan..saya amat berterima kasih kerana boleh menggunakan geran kerajaan jika diberi kesempatan,” katanya.

Surianti yang mengeluarkan produk jenama Suri berkata, sebelum ini, modal perniagaannya menggunakan hasil jualan tanah pusaka demi mencapai cita-cita dalam dunia perniagaan.

Bagaiamanapun katanya, ketika wabak Covid-19 merebak di negara ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan beliau tidak dapat membuat pusingan modal.

“Sekarang masa yang sesuai untuk minta bantuan kerajaan terutama Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) kerana syarikat keluarkan pelbagai produk.

“Jadi perlukan bantuan untuk menjadikan jenama Suti tidak hanya tinggal nama sahaja. Setiap hari saya buat pelbagai promosi sendiri dan harap PKP bukan alasan untuk saya berputus asa, cuma kalau diberikan kemudahan…Alhamdulillah,” katanya.

Dalam soal bantuan bayaran pekerja pula, Surianti berharap apa yang diumumkan oleh kerajaan semalam dapat membantu pekerjanya yang seramai lima orang untuk meneruskan kehidupan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here