Produk Muslim ada kelas antarabangsa

0
454

Oleh NORDEN MOHAMED 

RAUDHAH CITY – 13 Mac lalu beginilah suasana hari pertama Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya yang telah mula beroperasi dalam suasana meriah dan gilang gemilang. 

Namun takdir menentukan, empat hari selepas pembukaannya kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semua permis diarahkan tutup.

Hanya pasar raya Raudhah Grocer yang menyediakan barangan keperluan harian dan Bunch-Oh yang menyediakan makanan sahaja dibenarkan untuk beroperasi.

Bagaimana Bermulanya Malakat Mall

Mengimbau kembali kisah Malakat Mall, segalanya bermula daripada program bisnes percuma Ayuh Bangkit yang dikendalikan Coach Mohd. Fadzil Hashim. Apabila program latihan susulan secara individu mahupun kumpulan diadakan, Coach Fadzil tercari-cari formula jitu untuk membantu usahawan-usahawan Muslim ini merealisasikan impian mereka.

Coach Fadzil terasa masih ada sesuatu yang menghalang usahawan Muslim untuk berjaya. Sementelahan pula, sumbangan usahawan Muslim dalam sektor peruncitan sahaja hanya sekitar RM8 bilion berbanding syarikat asing yang menguasai RM60 billion dan bukan bumiputera pula RM32 bilion daripada jumlah RM100 bilion syer pasaran.

Antara Punca Kita Tercicir

Persoalannya, mengapa usahawan Muslim tidak mampu kuasai ekonomi? Adakah kerana kurang ilmu? Adakah kerana kurang dana? Setelah merenung, Coach Fadzil mendapat jawapannya. Usahawan Muslim tidak mampu kuasai ekonomi ialah kerana kita tak kuasai mall (pusat beli-belah).

Kerana pelabur-pelabur asing itu mempunyai mall, mereka kuasai pengguna dalam bidang peruncitan hingga 60 peratus sedangkan usahawan Muslim hanya dapat seciput 8 peratus!

Mengapa tak ramai usahawan kita tak masuk mall? Kalau pun ada, banyak yang ditempatkan di ceruk mall. Mengapa ramai pula yang akhirnya tercampak keluar dari mall? Maka tercetuslah jawapan utama, kita tak dapat bertapak di mall-mall kerana kita berada dalam sistem ekonomi kapitalis yang hanya bercakap soal duit, duit dan duit.

Tingginya Kos Bisnes Di Mall

Kos untuk operasi dalam di dalam mall adalah tinggi. Sebelum kita dapat menjual pun dah macam-macam bayaran yang perlu dibuat. Sebab kos nak masuk pun mahal, bukan setakat peratusan kadar tinggi yang diambil, tapi ada kos mempamer, ada kos berbeza mengikut kedudukan produk di rak. Kos menyimpan stok di setor mall pun ada kos dan ongkosnya.

Untuk letak satu produk sahaja kosnya boleh mencecah hingga RM10,000. Itu hanya kos untuk letak barang. Jadi inilah punca kenapa ushawan-usahawan Muslim akhirnya tak berdaya nak kuasai sektor runcit tempatan.

Atas asbab itulah Malakat Mall dan Raudhah Grocer diwujudkan sebagai sebuah pasar raya Muslim. Kita tidak mahu desak pihak pemerintah memberi subsidi agar sewa premis di mall-mall dapat dikurangkan. Kita tidak mahu desak pemerintah buat mall-mall yang gah-gah untuk usahawan Muslim. Nanti kita juga malu bila diperli sebagai golongan yang tak sudah-sudah meminta-minta. Biar kita buat sendiri. Biar kita usaha kumpul dana untuk buka mall sendiri.

Ilham Dari Model Pasar Madinah

Akhirnya tercetuslah idea untuk membuka Malakat Mall. Di mana datangnya idea ini? Subhanallah… ia ibrah dari kisah sejarah Rasulullah SAW. Betapa Baginda membuka sebuah pasar Muslim setelah berhijrah ke Madinah. Pasar yang ada di Madinah ketika itu hanyalah pasar Yahudi dengan harga Yahudi! Dengan wujudnya pasar Muslim, maka segala hasil daripada jual beli itu berkitar dalam kalangan orang Islam yang mana keuntungannya digunakan untuk kebajikan masyarakat Islam juga.

Kini, Malakat Mall tersergam indah. Bukan sekadar nama, malah bernafas di tengah-tengah kesukaran kita melawan Covid-19 ini. Nadi mall ini masih berdenyut bersama mall-mall lain yang rata-ratanya dipunyai oleh pelabur asing. Mudah-mudahan bila PKP berlalu, kita juga dapat bangun dan berlari ke langit.

Produk Kita Ada Kelas Antarabangsa

Tanda-tanda keunggulannya sebagai mall Muslim sudah pun ada. Jika anda datang ke Raudhah Grocer di Malakat Mall, anda akan dapati memang lebih 90 peratus produk di sana adalah produk Muslim.

Tahukah anda rupa-rupanya apa sahaja produk bukan Muslim yang ada di pasaran, akan ada juga produk Muslim yang setanding dipasarkan. Pembungkusannya sama canggih dan sama cantik seperti produk-produk keluaran syarikat antarabangsa. Kita tak segan, malah akan berbangga bila memasukkan produk ini ke troli!

Mari Kita Tularkan Kejayaan Awal Ini

Anda yang membaca hingga ke para ini juga kami pelawa untuk menyokong usaha ini. Marilah menyokong Malakat Mall, dengan berbelanja di Raudhah Grocer @Malakat Mall, Cyberjaya. 

Ini adalah jihad kita, ini adalah perjuangan kita. Gula, garam, ayam dan daging yang anda beli dari pasar raya-pasar raya atau kedai-kedai milik pelabur asing itu sama saja rasanya dengan apa yang dijual di Raudhah Grocer. Kini kita ada pilihan untuk mengkayakan siapa yang kita mahu.

Bagi yang tak boleh datang, boleh memesan secara dalam talian (online). Sekarang Raudhah Grocer dah ada dua cawangan iaitu di Bangi dan satu lagi di Seksyen 24, Shah Alam. 

Oleh itu, anda yang tinggal di kawasan berdekatan seperti Cyberjaya, Putrajaya, Kajang, Bangi, Puchong, Dengkil serta di Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang boleh memesan dengan kami.

Untuk yang masih belum berkesempatan, sila bantu dengan like, share, komen serta tularkan hantaran ini. Teruskan kongsi dalam Facebook, aplikasi WhatsApp, Kumpulan WhatsApp, Telegram, Instagram, Twitter dan di mana-mana sahaja. 

Bantu hebahkan kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran-jiran turut sama-sama sokong perjuangan ini.

Jangan lupa untuk daftarkan sebagai komuniti Malakat Mall https://bit.ly/komunitimalakatmall, ada diskaun keahlian di situ! Terus sokong BMF! – MBN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here