Program sanitasi awam ikut SOP WHO

0
242

CYBERJAYA- Operasi sanitasi awam yang dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah mengikut garis panduan dan pengawasan Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehubungan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak tidak perlu mempersoalkan kaedah dijalankan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama agensi lain dalam melaksanakan sanitasi awam.

Katanya, operasi sanitasi awam itu dilaksanakan berdasarkan lokaliti kes bilangan COVID-19 yang dilaporkan KKM.

“Kita dimaklumkan KKM bahawa program sanitasi awam ini membantu mengurangkan penyebaran dan penularan COVID-19,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Ismail Sabri sejak 30 Mac lalu, program sanitasi awam membabitkan 1,291 operasi di 85 zon dengan 24 operasi di zon merah dan 61 operasi zon kuning di 12 negeri.
Katanya, antara kawasan disanitasi adalah 884 bangunan kerajaan, 565 tempat awam, 528 pusat perniagaan dan 107 pasar raya.

“Semalam 166 operasi sanitasi membabitkan 60 zon di 12 negeri, 46 kawasan di Johor dan 26 kawasan di Pahang.

“Semalam juga sebanyak tiga kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dinyah cemar menjadikan keseluruhan 37 perumahan itu selesai di sanitasi membabit 36,870 unit rumah,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here