
Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
MELAKA – Program Zero Hunger Malakat Mall anjuran bersama antara Brainy Ranger Emergency Response Team (BRET) dan Multiracial Reverted Muslims (MRM) dilihat satu usaha murni membantu umat Islam dan rakyat negeri ini mendapatkan bekalan makanan asas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.
Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, usaha daripada pihak penganjur untuk menyantuni masyarakat yang terlibat dalam cabaran Covid-19 yang sedang melanda negara.
Beliau turut menyeru kepada mana-mana syarikat, individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berganding bahu membantu masyarakat yang memerlukan.
“Kepada masyarakat pula yang memerlukan gunakanlah manfaat ini dengan sebaik mungkin. Doakan kepada penyumbang kepada pemberi supaya Allah memberikan kemakmuran selain kesuburan ke atas harta dan pengorbanan dilakukan.
“Dan Insya-Allah kepada masyarakat, kerajaan, NGO, majlis agama dan sebagainya yang begitu prihatin saya ucapkan terima kasih semoga bantuan dan sumbangan disalurkan ini dapat membantu menyelesaikan, meringankan kepada mereka memerlukan.
“Saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan BRET dan MRM yang bergerak ke negeri ini dalam mengagihkan hasil kutipan sumbangan untuk umat Islam dan rakyat negeri itu,” katanya kepada MBNews.

Beliau turut bersama dengan BERT dan MRM menyampaikan sumbangan kepada penerima di sekitar Melaka.
Abdul Halim berkata, bantuan yang diberikan itu merentasi agama, bangsa dan sebagainya dan semoga ia berterusan.
Katanya, pihaknya juga di Majlis Agama islam Melaka (MAIM) juga mengadakan sumbangan ini di bawah nama tabung Musaadah Covid-19 MAIM.
“Kami juga mengalu-alukan sumbangan, derma daripada pelbagai pihak sama ada berbentuk sumbangan kewangan atau barangan.
“Pada itu, di dalam tempoh Covid-19, saya menyeru masyarakat untuk duduk di rumah manfaatkan masa bersama keluarga ambil langkah-langkah pencegahan, patuhi kepada peraturan,” katanya. – MBNews