Protokol penyelidikan ubat rawat Covid-19 diluluskan

0
147

CYBERJAYA – Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (MREC) dan Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan protokol penyelidikan dan lesen import kajian keberkesanan ubat Remdesivir bagi merawat Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kelulusan itu dicapai dalam masa singkat iaitu empat hari bekerja namun tetap mengekalkan kualiti penilaian berdasarkan prosedur dan keperluan regulatori antarabangsa.

“Kelulusan segera ini tercapai melalui komitmen tinggi oleh ahli jawatankuasa MREC, lapan orang penilai NPRA dan pengurusan atasan bagi memastikan penilaian ubat ini adalah berkualiti serta dalam jangkamasa yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, demikian ketika mengulas penglibatan negara dalam kaji selidik solidariti yang diselaraskan oleh WHO di seluruh dunia dalam membandingkan keselamatan serta keberkesanan empat protokol rawatan menggunakan kobinasi Remdesivir, Lopinavir/Ritonavir, Interferon beta, Chloroquine dan Hydroxychloroquine.

Beliau sebelum ini mengumumkan, sebanyak sembilan hospital di bawah Kementerian kesihatan (KKM) sudah mengambil bahagian dalam Kaji Selidik Solidariti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Hospital berkenaan adalah Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah), Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Melaka, Hospital Tengku Ampuan Afzan (Pahang), Hospital Umum Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth (Sabah)

Katanya, kaji selidik solidariti WHO juga sudah bersedia untuk memulakan pengambilan peserta kajian dalam kalangan pesakit Covid-19 yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Seperti dimaklumkan sebelum ini, Malaysia ialah salah satu negara yang terbabit dalam Kaji Selidik Solidariti WHO, iaitu usaha pihak antarabangsa untuk menguji beberapa ubat dalam merawat Covid-19,” katanya.

Penyertaan Malaysia dalam kaji selidik sedunia ini dijangka dapat membantu dalam pencarian ubat menyelamatkan nyawa untuk Covid-19 melalui penilaian keselamatan dan keberkesanannya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here