PRP bendung penyebaran berita palsu Covid-19

0
123

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pasukan Respons Pantas (PRP) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) ditubuhkan bagi membendung penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19.

Menurutnya, semenjak mula beroperasi mulai 24 Mac lalu, sebanyak 243 penafian berita palsu telah dibuat oleh pasukan tersebut.

“Sehingga semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM telah membuka sebanyak 249 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 169 masih dalam siasatan manakala 26 kes telah didakwa di mahkamah dan 15 telah mengaku salah.

“Pastikan kesahihan berita sebelum membuat perkongsian,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, PDRM telah menangkap 683 individu berbanding 643 individu pada hari sebelumnya kerana ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Tangkapan tersebut merangkumi 598 individu yang direman dan 85 individu yang diberikan jaminan polis.

“Manakala 879 individu telah dituduh di mahkamah di atas kesalahan ingkar PKP.

“Ini menjadikan jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah seramai 22,432 individu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here