PSSI perlu belajar dari FAM

0
67

CYBERJAYA- Portal media bola sepak Indonesia, Indosport.com menggesa agar Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) belajar dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tentang pengambilan pemain naturalisasi.

Perkara ini menjadi perbincangan setelah bekas pemain Melaka United yang kini beraksi bersama Persija Jakarta, Marko Simic menyuarakan kesediaan beliau untuk menyarung jersi skuad Garuda.

Menurut Indosport, langkah FAM yang mewujudkan Jawatankuasa Program Naturalisasi boleh dicontoh oleh PSSI kerana kaedah ini dapat membantu mendapatkan pemain naturalisasi yang sesuai dengan kehendak dan keperluan pasukan negara itu.

Sebelum ini, Indonesia dikenal dengan pengambilan pemain naturalisasi dalam skala besar, lebih tepatnya sejak 2010 lalu setelah mereka tewas kepada Malaysia di pentas akhir Piala AFF Suzuki.

Akan tetapi, majoriti pemain naturalisasi yang diambil gagal memberikan impak kepada prestasi skuad Garuda. Hanya Christian Gonzales, Stefano Lilipaly, Alberto Goncalves dan Irfan Bachdim sahaja yang dianggap memberi impak positif.

Setakat ini, Malaysia mempunyai dua pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi. Namun, hanya Sumareh yang sudah beraksi bersama pasukan negara.

Liridon pula baru mendapat kerakyatan Malaysia pada Mac lalu dan beliau dijangka bakal membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya dalam jangka masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here