Puncak-puncak Himalaya mula muncul di utara India

0
11706

INDIA – Buat pertama kali dalam 30 tahun, pemandangan puncak-puncak gunung bersalji di banjaran Himalaya mula kelihatan dari jarak kira-kira 300 kilometer dari Jalandhar, India.

Pemandangan yang mula kelihatan dari bandar-bandar di utara New Delhi itu adalah berikutan penurunan menjunam pencemaran udara ekoran perintah kawalan pergerakan dan ‘lockdown’ yang berlaku di seluruh dunia.

Antara yang berkongsi keterujaan itu dalam media sosial adalah bekas pemain kriket India, Harbhajan Dhauladar yang menulis;

“Tidak pernah terfikir pemandangan ini sesuatu yang mungkin dari jendela rumah saya di Jalandhar. Ini adalah petunjuk yang jelas tentang kesan pencemaran dilakukan kita kepada planet bumi,” katanya.

Sementara itu, aktivis anti-pencemaran, Sant Balbir Singh Seeechewal berkata, bukan sahaja permandangan banjaran tetapi juga dapat menyaksikan bintang yang jelas pada waktu malam.

“Saya tidak pernah menyaksikan sesuatu yang menakjubkan seperti ini sejak sekian lama,” katanya.

Pengasas sebuah pertubuhan alam sekitar India, Jyoti Pande Lavakare berkata, ‘lockdown’ telah memberi impak yang positif kepada tahap kebersihan udara dunia.

“Saya tidak pernah melihat langit biru di Delhi sejak lebih 10 tahun. Selalunya ia kelabu diliputi pencemaran industri sehinggakan bernafas pun sukar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here