Pusat pengumpulan produk pertanian BMF akan diwujudkan

0
868

CYBERJAYA – Jawatankuasa BMF Malaysia Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) akan mewujudkan beberapa lokasi strategik sebagai pusat pengumpulan khas produk pertanian milik petani dan pengusaha Muslim untuk diedarkan di pasaran.

Menurut Naib Pengerusi Pembela, Mohd. Nor Izzat Johari, langkah itu perlu diambil selepas melihat sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh pihak pengusaha di Cameron Highland yang sanggup membuang sayur daripada menjual dengan harga murah kepada rakyat.

Tangkap layar daripada Facebook Cikgu Izzat mengenai keluhan pengusaha sayur di Cameron Highland

Beliau berkata, sepatutnya tindakan itu tidak dilakukan memandangkan kerajaan telah menyediakan 97 lokasi pasar segar di seluruh negara untuk memudahkan semua rakyat mendapatkan sayur dan ikan segar.

“Oleh demikian, saya menyeru kepada semua pengusaha pertanian Muslim untuk mulakan tanaman anda semua mulai sekarang dan sama-sama kita usahakan serentak di seluruh Malaysia.

“Melalui Pembela, kita akan aturkan pusat-pusat pengumpulan khas produk pertanian seperti yang disediakan oleh kerajaan,” katanya melalui satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Cikgu Izzat

Sebelum ini pengusaha sayur di Cameron Highland mendakwa mengalami kerugian teruk selepas terpaksa membuang 50 tan sayur disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas lanjut, beliau yang lebih dikenali sebagai cikgu Izzat turut menggesa kerajaan supaya tidak membayar sebarang pampasan kepada kerugian yang dialami pengusaha sayur-sayuran di Cameron Highland itu.

Sementara itu, cikgu Izzat menyeru supaya semua pengusaha Muslim memulakan industri pertanian sayur-sayuran bermula sekarang.

“Kita cakap, kita buat. Kita akan mulakan ekonomi kita dalam tempoh PKP ini dengan industri pertanian sayur-sayuran bermula sekarang.

“Ayuh semua pengusaha Muslim! Kalau bukan anda, siapa lagi mahu lakukan perubahan,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here