
Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
CYBERJAYA – Satu kejadian gempa bumi berukuran 5.2 skala Ritcher berlaku di utara Sumatera, Indonesia, petang tadi.
Menerusi hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman rasmi Facebook jabatan itu, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 petang tadi, di kedudukan 27 kilometer (KM) Tengara dari Padang Sidempuan, Indonesia, pada kedalaman 10 KM.
“Namun begitu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Gegaran gempa bumi itu juga turut dirasai di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, sebahagian Selangor, Pulau Pinang dan Perak .
Beberapa penduduk di Putrajaya membuat hantaran dalam laman sosial melaporkan mengalami rasa goyang di kediaman mereka susulan gempa yang berlaku. – MBNews