Raja Arab Saudi izinkan tarawih tanpa jemaah awam di dua masjid suci

0
100

ANKARA – Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz meluluskan solat tarawih di dua masjid suci di negara itu diadakan tanpa kehadiran jemaah awam, dalam usaha untuk membendung Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut kenyataan Dewan Yang Dipertua Penjaga Dua Masjid Suci pada Rabu, ibadah solat tarawih di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dipendekkan dan tanpa kehadiran jemaah awam.

Ketua Pengarah dewan berkenaan berkata, solat sunat pada bulan Ramadan itu hanya akan dilakukan bersama kakitangan dan iktikaf juga dibatalkan.

Arab Saudi sehingga kini mencatatkan sejumlah 11,631 kes Covid-19 termasuk 109 kematian dan 1,640 pesakit pulih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here