Rakyat baru pulang dari luar negara wajib kuarantin di pusat kuarantin

0
132

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang baharu pulang dari luar negara wajib menjalani kuarantin di pusat pengurusan kuarantin di Kuala Lumpur dan sekitarnya yang mula dibuka hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walau bagaimanapun, bagi penumpang yang mahu pulang ke Sabah dan Sarawak pula, mereka dibenarkan untuk pulang ke negeri masing-masing.

“Bagi penumpang dari Sabah dan Sarawak, mereka tidak perlu masuk ke pusat kuarantin yang disediakan kerajaan di Kuala Lumpur atau sekitarnya.

“Mereka perlu turun dari pesawat untuk transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan selepas itu meneruskan penerbangan ke Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, penumpang dari ke dua-dua negeri tersebut tidak terkecuali menjalani kuarantin di negeri masing-masing.

“Saya difahamkan, polisi yang dibuat Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mana-mana rakyat mereka yang pulang dari luar termasuk dari Semenanjung akan dikuarantin.

“Sebab itu kita membenarkan mereka untuk pulang ke Sabah dan Sarawak kerana mereka akan dikuarantin di negeri masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan bagi mereka yang mahu mendapatkan informasi mengenai lokasi pusat kuarantin boleh melayari laman sesawang agc.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here