Rakyat Malaysia wajib bersyukur!

0
278
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Seorang doktor perubatan melahirkan perasaan bangga dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus bersabar meskipun sudah masuk hari ke-33
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Dr. Siti Rohayu dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya juga melahirkan kesyukuran kerana situasi Covid-19 di negara ini tidak seteruk negara lain.

Menurutnya, kisah petugas kesihatan di United Kingdom (UK) yang terpaksa menggunakan semula  peralatan perlindungan diri (PPE) yang telah digunakan untuk merawat pesakit kerana peralatan itu telah kehabisan sangat menyedihkan

“Jika tidak, mereka terpaksa menggunakan apron yang mana apron ini memang tidak sepenuhnya menutup badan mereka dan  akan berisiko tinggi untuk terkena jangkitan.

“Sementara di New York pula, jururawat melakukan protes kerana mereka perlu menunjukkan surat doktor sekiranya tidak dapat hadir kerja,” katanya yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur.

Kongsinya lagi, petugas kesihatan di sana juga trauma untuk hadir ke tempat kerja kerana trauma apabila lebih 900 kakitangan kesihatan disahkan positif Covid-19.

Pada masa sama, katanya, mereka juga takut jika keluarga mereka dijangkiti wabak berbahaya itu disebabkan mereka.

“Saya tak boleh nak bayangkan kalau sistem kesihatan sesebuah negara lumpuh. Bagaimanakah agaknya?

“Di Malaysia pula, lain jadinya. Petugas kesihatan diberi layanan ‘1st class’’. Ada sahaja pemberian makanan percuma untuk ‘frontliners’ kita. Kalau tak cukup PPE, faceshield atau facemask, selain Kementerian Kesihatan, rakyat sendiri akan bantu usahakan untuk cari dan buat serta bagi sumbangan ‘baju perang’ ini secara percuma,” katanya.

Tambahnya, walaupun kadang-kadang bebanan kerja dipikul melebihi kudrat yang ada, beliau tidak melihat pun mana-mana petugas kesihatan di negara ini melakukan  protes atau memasang sepanduk.

Katanya, keadaan itu berbeza di luar negara terutamanya di New York apabila jumlah kematian semakin meningkat.

Ujarnya, bukan sahaja mayat dibiar bergelimpangan, malah mayat umat Islam juga tidak diurus dengan baik.

Beliau berkata, situasi itu jauh berbeza di Malaysia apabila mayat pesakit Covid-19 diuruskan dengan baik.

“Walaupun agak terlambat melaksanakan PKP, negara kita sebenarnya adalah negara ASEAN pertama laksanakan PKP ketika pada waktu itu kes Covid-19 di Itali baru hanya 1,000 kes.

“Ketika Filipina dan Korea Utara menembak rakyat yang gagal patuh pada arahan kuarantin, askar dan tentera kita masih lagi beretika dan bersabar mengawal rakyat di jalan raya walaupun terpaksa menerima kata-kata kesat, hinaan dan tohmahan.

“Ketika doktor di Taiwan kata kita akan mati kebuluran disebabkan PKP, rakyat masih boleh keluar beli barang keperluan dan bekalan keperluan cukup sehingga enam bulan,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here